Teh Tarik + Roti Canai

Kerana semangat konon rajin apdet telah luntur sebab bizi memanjang.

Mana taknya stended nam pagi ko dah bangun solat subuh siap-siap nak pegi kerja, sarapan semua tu sampai pkol 7 - 7.15 pagi dah gerak hantar anak dulu ke rumah pengasuh. Dari rumah pengasuh terus plak pi hantaq bini opis dia lebih kurang 8pagi sampai la aku dgn bini aku kat Taman perindustrian Bandar Baru Bangi.

Dari TPBBB ke Taman Perindustrian Kinrara kena on Waze agar tak terjebak dalam kesesakan yang melampau. Tapi kekadang waze pun tak guna!!.

Dah on waze pilih which route yang ko rasa berkenan samada ko nak lalu NKVE, PLUS atau Sg.Besi. Biasanya aku pilih NKVE sbb paling jarang jammed dan cepat walaupun dalam waze depa suruh lalu highway Plus, cuma pilihin ini lebih kilometer

 Datang gile kalau terlalu plus masuk Highway Bukit Jalil memang tak stabil, sukahati je nak jammed sampai rasa nak tertanggal kaki aku. Dulu ada beberapa kali simpang lagi 50meter je lagi nak masuk shortcut ke Highway bukit jalil tapi ko pandang je selama 2jam.

Tapi sejak lepas cuti raya cina haritu aku kerap lalu sini Hignway Plus ke Sg.Besi nih.

Nasib baik kalau traffic berjalan lancar 8.20 - 8.40 aku bleh sampai ofis. Dah sampai perkara pertama lepak mamak sebelah opis ngan rakan, alien sepejabat yang datang awal mcm aku sampai jam 9.00 atau 9.30, sarapan pekena teh tarik secangkir dua + roti canai banjir sambil cerita hal politik, kerja, harta dan lain-lain lagi.

Then masuk opis sambung kerja.

Kalau dengaq cerita tang balik paling sedih..

Sekian..Kbye


Harlem Shake

 

Benda merepek nih aku plan masa zaman 'Harlem Shake' sedang popular dulu, tahun 2012 kalau tak silap aku la. Namun baru tadi aku rasa nak upload dalam blog sebab alasan yang paling munasabh sekali adalah aku baru je blog balik bersama LEL nih.

Walaupun aku sebenarnya mengutuk kejadian tersebut pada masa tersebut oleh kerana 'apapun aku taktahu kenapa' dengan secara tak sengaja akhirnya aku juga tidak dapat mengelak atas dasar nama seni kononnya.

Lagipun masanih aku saje je nak test ilmu stop motion. Nak tengok samada aku ni masih berbakat lagi atau dah monopos. Alasan lain kenapa aku tak upload time tu adalah kerana terlalu ramai yang sedang melakukan perkara yang sama dan upload ke dalam youtube.

Konon-kononnya nak menjaga reputasi sebagai seorng yang kononnya tak amek port dengan benda-benda tersebut lalu aku pun membatalkan niat nak 'showoff'. Bajet otai la. Tak tahu diritu bodoh juga. wakakaka.

woi kalau dah tengok & baca tu komen la weh!!

Alien dan Kreatip


competition terlatest aku join tapi tak membuahkan hasil pun.
Aku nih bukan jenis yang terer sangat melukis pun. Mak aku kata berangan jer lebih. Tapi nak buat cemana dah jenis nak buat jugak konon atas nama minat dan mengisi masa lapang. Tak sangka akhirnya aku jadikan kerjaya. So tak payah la pikir nak buat MLM.

Dulu masa awal-awal sebelum betul-betul membabitkan diri dalam industri kretip nih ada gak aku terpikir adakah aku manusia paling kretip dalam dunia nih. Almaklumlah duk kampung dulu kurang pendedahan secara ilmiah. Duk berangan jer dalam kepompong dunia sendiri.

Tapi rupa-rupanya aku rasa masa zaman nih aku lagi kreatif dan berdaya saing berbanding sekarang. Yela mana ada guna software aka digital semua guna barang terpakai, drawing by hand, canting, kolaj arghhh macam-macam lah. Haha. Terasa nak mencarut plak. hahahaha.

Tapi bila dah betul-betul dah 'in to deep' dalam industri atau bidang 'fGraphic & fDesign' ataupun kretif nih baru la aku jumpa ramai alien. Terasa kecil diri ini. Sampai la nih masih duduk depan alien.

Oi kalau dah baca tu komen la weh.

Emey seorang yang sangat rajin.

Salam 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12. Nak posting pun kena pikir. Bukan macam dulu-dulu ada jer nak story, new posting dan bla,bla,bla walaupun tergedik-gedik dan tak best. Tapi sedap gak ngutuk-ngutuk orang lain dulu. Ikut kehendak, ikut ahti. Manalatau terbit sinar mentari nanti nak lenjan posting tetiap hari. Lamo gak nak cari rentak nih. Aduh drama dah!.