Downline

gambar dirembat dari forum sebuah pakatan MLM


















Salam pagi.

Sambil bersarapan tadi aku terfikir sejenak, dah lama betul benda nih terbuku dihati. Selaku rakyat marhaen dan graphic designer biasa-biasa je, lebih baik aku luahkan tak mahu disimpan didalam hati agar perkara boleh dibaik pulih dari semasa ke semasa.

Ada juga terbit rasa bersalah terkasor dalam berbahasa, lainlah masa muda dulu hati keras.

Kepada kawan-kawan dan saudara mara yang mencari makan dengan bisnes MLM jangan la marah-marah sangat atau berkumpul sesama kalian dan mencari idea nak counter balik fakta tak seberapa aku tersebut. Bisnes tu tak salah pun, normal je. Boleh dilakukan dengan budi bicara, sopan dan santun mengikut saranan Perdana Menteri iaitu Santuni Rakyat.

Memang ada pun sesetengah produk tu bagus untuk diguna dan tak ketinggalan sesetengah produk yang super cilaka juga, scams dan ada juga yang tak merugikan langsung kalau gagal cari downline walaupun sekadar seekor semut.

Cuma sesetengah tegar MLM tu caranya seolah menghina sangat pada pekerjaan yang lain, jadi perkara tu telah membuatkan aku terpaksa menjadi seperti hulk kebelakangan nih walaupun tak seberapa hulknya aku nih!.

Kurang ajar sangat kerana semata-mata nak tarik rezeki korang sendiri yang teramat sangat nak mencari downline yang banyak sampai boleh menjadi gila!!. Lepas tu berlagak pulak konon dah pergi ke amarika ulang-alik. Gila duit mengalahkan yahudi dan nasrani. Jenis yang macam nih kita nak gelar diorang apakebenda ek?

Rezeki masing-masing la wehh!! . Jangan nanti tuhan tarik balik rejeki korang.

Ada yang berminat dan ada pula yang tak berminat dengan product. Ada pulak yang pandai cari downline dan pulak
ada yang susah nak cari downline. Ada setengah yang memang takda luck langsung dengan bisnes MLM. Dengan nama busuk MLM yang jadi kotor kerana sifat manusia yang tamak dan buta kerana nak cari downline untuk kepentingan peribadi. So bagi diorang takyah la join terus lagi bagus. So biorkan ajela.

Bukan aku tak join pun bisnes seperti MLM nih. Aku juga salah seorang pengguna dan ahli berdaftar Tone Excel. Benefit bagus, pasif income, what you give you get back, Micheal Learn To Rock, Suamiku Encik Sotong tapi tak pernah pun aku menghasut orang suruh jadi downline aku sampai kata yang bukan-bukan pasal pekerjaan diorang ke, bodoh sebab tak join bisnes ni ke. Ini sebahagian dari paksaan sebenarnya.

Sesuai utk orang yang malas berkerja keras dan boleh menjana kewangan sambil duduk dirumah tidur bila rangkaian downline cukup seratus ke 2 ratus org. Aku anggap je bukan rezeki aku dengan cara nih, tapi bukan untuk masa yang akan datang. Perkara mungkin boleh berubah bila-bila masa sahaja.

OKlah akhir sekali jangan la terjerit-jerit selalu sampai nak terkeluar anak tekak, kang kena kanser anak tekak pulak. Takut nanti kaya raya tapi tekak berlubang.

1 comment:

  1. Bravo! ucapan terbaik! aku sentiasa bersetuju...keep up emey!

    ReplyDelete