Rokok dan kucing gergasi.

Selain dari cerita pasal gst dan kapal terbang baru PIEM, harinih aku tengok banyak sangat post pasal kucing yang nakal. Sampai la aku dok sibuk terlayan video2x kucing dari link-link youtube tersebut sampai la terus menkaji spesis apa yang dah pupus dan paling banyak dalam muka bumi ini.

Layan punya layan sampai tak perasan anak aku melalak kat atas(dalam bilik), lupa kejap minggu nih turn aku menjaga anak dirumah sebab penjaga anak aku pergi bercuti di Vietnam setelah berhempas pulas lelah menjaga anak aku yang comel nih.

Seminggu lepak rumah dowhh!!, 'work from home!'.alah perkara biasa je nih sebenarnya, cuma tak pernah nak cerita jer. Tak payah nak ambil cuti. Cakap je ngan boss nak buuat kerja kat rumah this week. Settle.

Kalau nak cerita pasal kucing. Aku ada satu pengalaman menarik dengan seekor kucing gergasi. Walaupun kami cuma dapat bertemu dalam beberapa detik sahaja, tetapi perkara yang lain tu sungguh bermakna. Aku masih ingat lagi keadaan macam mana, matanya yang tajam, kukunya yang panjang, bulunya lebat berwarna kelabu gelap diselangi dengan garis2x hitam yang bertompok-tompok, telinganya panjang keatas dan dihujung berwarna gelap, kaki nya panjang sikit jika nak dibandingkan dengan kucing-kucing lain, begitu juga dengan saiz badan nya memang besar berbanding kucing-nucing matang yang lain.

Ketika ini mungkin aku sudah berumur 17 tahun, tubuh badan aku memang keding tetapi agak bermutu tinggi sebab aku juga adalah seorang pelajar sekolah project bola sepak terkemuka kampung aku. Pernah sekali pakcik aku dari singapore salam dengan aku dan dia terasa betapa bertenaga tangan aku waktu itu.

gambar dicedok dari google image.

Dan dah menjadi rutin harian aku mencari port merokok yang jauh dari pemandangan mata-mata jiran tetangga, bukan macam budak jaman sekarang merokok pun nak menunjuk macam orang MLM menunjuk kekayaan sementara mereka. Tapi sebenarnya jiran kat sini tak ramai pun.


Maka dikampung tersebut aku akan merokok ditepi sungai yang dipenuhi buaya-buaya ganas dan haiwan-haiwan liar tetapi ada beca gergasi kat situ. Aku panggil beca ajaib.

Kat tempat nih jugak aku pernah bertemu dan bersembang soal masa depan bola sepak negara dengan seorang bekas penyerang bola sepak negara, KL, Johor, Serawak dan Melaka yang sedang memancing ikan. Maknanya selain dari aku, haiwan liar dan beca ajaib, pemain bola sepak juga akan datang lepak kat sini untuk mencari ilham.

Tak dapat nak dibayangkan waktu malam selepas makan malam, aku terpaksa menunggu sehingga kehari esok untuk pergi merokok disitu lagi.

Seperti biasa lebih kurang jam 3 petang selepas semua perkara selesai aku akan memulakan perjalanan aku dari rumah ke 'port' dengan berjalan kaki sahaja, sambil bertemankan sebatang kayu sebesar lengan dan berpaku dihujungnya(aku modified sendiri) sebagai alat mempertahankan diri.

Kadang-kadang cuma selipar, bersinglet, berseluar pendek dan topi Nike. Cuma kalinih aku pakai singlet, topi nike, seluar jeans biru terang cutting beggie bawah kecit dan sandle sembonia lelaki limited edition yang aku dapat secara percuma dari seorang kawan (masanih ramai skinhead/skinpit kat Johor pakai sandle nih).

Perjalanan kesana hanya mengambil masa sekitar 5-8 minit sahaja. Yang menjadikan perjalanan lambat hanyalah ketika nak lintas jalan besar sahaja, sebab dari rumah nak ke port nih kena lintas main road Muar-Melaka yang memang sibuk dengan kenderaan yang tak reti perlahankan kenderaan.

Masanih lebuh AMJ tu cuma laluan untuk jin atau mahkluk alus sahaja. Selepas selamat melintas aku terpaksa pusing jauh sedikit ke jalan masuk port sebab malas nak melompat parit yang seluas lebih kurang 1.5 metre sebab takut nanti pulang kerumah dalam keadaan berbau longkang.

Biasanya aku akan lalu dberdekatan beca ajaib untuk menikmati dan menghayati kawasan peninggalan sejarah ini, melepasi ex-girlpren dengan boipren2xnya dan motor boipren barunya juga beberapa biji motor yang lain dan terus melepasi beberapa metre semak samun untuk masuk ke pondok tepi sungai ini. Sebelum bersantai biasanya aku akan buat pemeriksaan dulu samada adakah tempat ini masih selamat untuk diduduki seperti hari semalam, sebab taknaklah pula aku menjadi menu petang haiwan-haiwan liar.

(PS : Soal girlpren tu = kui,kui,kui dah orang berkenan dengan kite..kite taram je)

Bila diingat-ingatkan banyak perkara yang buat aku rasa 'seriau' satu badan bila diingatkan kembali.

Setelah merasakan semuanya selamat aku pun mengeluarkan sekotak rokok dunhil 7 dari poket dan mancis bergraphickan cili dari pokok dan fus, fus, fus, fus. Pekena 2-3 batang sambil menikmati memory saat-saat pulang dari sekolah, bergesel, amoi-amoi, kawan-kawan perempuan, kenapa budak skinhead mampu beli dr.marten yang mahal nak mampus tapi malas kerja dan juga menikmati pemandangan sambil usha-usha tepi-tepi sungai kot-kot ada ke spesis gustave, anaconda ataupun mereka yang sedang usha-usha aku disini.

Selang bebrapa minit ex girlpren aku tu pun datang dan 'dia tanya apa khabar' lalu aku jawap 'khabar baik'. (novel cinta).

Owh ya, exs girlpren aku nama glamour dia Enon.

Bila tempat ini pun mula terasa sunyi dan kosong aku pun mula mengatur langkah untuk pulang dan masih mengemam sebatang rokok dimulut sambil meletakkan kayu dibahu(berangan).

gambar dicedok dari google image.


Tak sampai beberapa meter langkah berangan aku tadi, kaki aku seolah dipaku (ikut ayat novel cinta) Nampaknya kali ini perjalanan pulang aku terbantut dari biasa. Dan secara tiba-tiba deria aku menjadi tajam memandang kearah sesuatu. Setelah terpandang matanya terasa macam darah-darah berkumpul naik keatas kepala. Rasa sejuk kat tengkuk, kembang dubur semua menjelma. Terasa macam nak demam kuat pun ada.

Ahh..babilah!!!.

Mata aku terus memandang tajam kearah seekor kucing gergasi berwarna kelabu gelap yang juga memandang tajam kearah mata aku. Tapi mata aku ada berkelip beberapa kali. Dia juga seolah terpaku dengan kehadiran aku, seolah-olah keduanya tidak menduga akan bertemu dalam keadaan sebegini. Matanya kuning.

Dan dalam keadaan yang sungguh menyeramkan ini dan juga tanpa sebarang pergerakan dari kedua-dua makhluk Allah ini. Cuma beberapa ketika mata aku berkelip dan kadang kala terbeliak dek kerana asap rokok yang kini semakin menjadi beban kepada situasi genting ini.

Sebarang pergerakan  boleh menjadi punca permulaan perkelahian pada pertemuan yang tak diduga ini. Perghh saspen kotautak!!

Otak aku mula memikirkan bermacam strategi terbaik untuk mengelak dari sebarang kemungkinan, kecederaan dan serangan dari kucing gergasi ini.

Terlintas juag dikepala otak aku nak buat perjanjian dengan kucing gergasi ini untuk memberinya seketul ikan goreng balik nih sebagai perjanjian agar dia tak menyerang aku, bermakna ko kena polo aku balik rumah sat.

Seminit aku buntu dah..tetiba plak dia sengih tunjukkan taring dia.

Aduh!! aku teruskan terpaku, tapi masih cuba mantain kool. Aku terus kemam rokok sebab dulu masa aku selalu balik larut malam member aku pernah bagi tips baekk punya!!.

Katanya kalau tengah jalan-jalan terjumpa anjing liar yang garang macam nak serang kita, ko kemam rokok kat mulut ko sebab nanti anjing takut kat kita, kononnya anjing akan pikir kita nih bukan manusia. Silap haribulan hantu pun takut jugak katanya. Mungkin perkara nih jadi punca kenapa aku menjadi perokok.

...........

Rokok dah membakar sampai ke puntung dah, bibir aku dah mula terasa panas yang mengcengkam dan perit. Asap rokok semakin membuatkan rongga hidung aku kegatalan dan kehangatan yang membencikan. Ada juga sudah rasa menyesal jadi perokok seketika. Terus aku teringat akan pesan mak ngan ayah, hilaian ketawa adik beradik, pesan atok nenek, apa yang cikgu ajar pagi tadi dan menu waktu rehat.

Stresss habis!!.Ketiak dah 300 ml berpeluh.

Nak jerit mintak tolong, macam takda manusia dikawasan sekitar. Kalau ada mesti diorg dah bising-bising juga.

Dah masuk beberapa minit, aku membuat keputusan untuk memulakan langkah dahulu. Memandangkan aku juga seorang atlit, kalau boleh aku mahukan langkah seribu.

Terpaku...

Akhirnya keputusan sudah dibuat dan aku nekad untuk melangkah undur kebelakang secara perlahan-lahan. Dengan kelajuan 1cm seminit aku menolak kaki berundur kebelakang, tibe-tibe kucing gergasi tersebut meninggikan badannya seperti kucing nak bergaduh sambil menampakkan taringnya yang semakin digeruni aku ini.

Masya'allah!!..

Ekornya melentik dan dia juga melakukan beberapa pergerakan seperti berundur dengan kelajuan beberapa cm seminit seperti mahu membuat pusingan Udan  matanya semakin tajam menjeling. Aku mula resah dan cuba untuk mengingati semua langkah atau jurus-jurus yang dah aku pelajari melalui komik-komik, tv, film bruce lee, jet li, wong pei hong, drama senja hati waja. Doa-doa yang cikgu kelas agama ajar pun aku cuba terapkan.




Oleh kerana cuaca petang yang semakin menyengat ini ditambah lagi dengan situasi yang sungguh seram ini membuatkan sel-sel dalam badan aku semacam.

Mulut aku terus berkumat kumit membaca al-fatihah dan aku mula memasang kekuda. Aku menurunkan badan aku sedikit dan menggenggam tangan dan kayu berpaku aku yang takda fungsinya lagi ini sambil dihalakan keatas.

Aku menarik nafas sedalam dalamnya..menenangkan fikiran aku, melapangkan dadaku. Kalau yang jenis follow sokernet diorang suruh fikir tetek.

Sambil menghembus keluar nafas yang ditarik dalam-dalam tadi aku terus menjerit sekuat ahti aku ala-ala Goku nak jadi orang super saiya.

Seolah-olah aku sedang mengumpulkan tenaga-tenaga dari seluruh alam. Aku dapat rasakan tenaga aku bertambah, keyakinan aku bertambah dan aku terus menjerit sekuat-kuat hatinya dengan meningkatkan lagi naluri membunuh aku.

Jeritan yang sungguh kuat dan panjang itu telah membuatkan kucing gergasi tersebut melompat seperti terkejut. Kucing gergasi tersebut terus melarikan diri ke dalam semak dan kedengaran bunyi semak tebal seolah diceroboh secara deras.

Aku jadi terpaku beberapa saat dan kerana tak menyangka taktik aku ini mendatangkan hasil walaupun tak lumayan.

Habis terpaku aku terus membuka langkah berpuluh ribu dan tidak lagi menoleh kebelakang. Cuak juga manala tau dia patah balik kejar aku ke. Sampai kerumah terus aku ke dapur menceritakan detik-detik cemas aku kepada nenek yang sedang merebus ubi kayu untuk minum petang. Dan nenek aku cuma mengelangkan kepalanya sambil menyebut ish,ish,ish macam-macam.

Keesokan harinya lepas habis waktu persekolahan aku membuat keputusan singgah diperpustakaan awam untuk melakukan kajian sedikit perihal jenis kucing gergasi yang aku temui petang semalam. Setelah berejam mencari buku spesis kucing. Dan akhirnya aku dapati kucing tersebut adalah spesis kucing bakau yang memang hidup dikawasan tepi-tepi sungai. Spesis kucing hutan ini juga sudah berada dalam kategori haiwan terancam.

Kucing tersebut jarang menyerang manusia dan boleh dikatakan tidak pernah ada kes haiwan ini menyerang manusia. Mungkin juga semalam dia dan juga aku cuma sama-sama terperanjat, hmmm patutla dia pun lari semalam. Dan memang kebiasaan kucing jenis ini akan mengelak dari bertemu dengan manusia. Namun jika berada dalam keadaan yang terancam dia mampu mendatangkan kecederaan sirius kepada manusia.



Fuhhh lega rasanya setelah mendapat informasi ini. Maknanya aku boleh sambung rutin harian aku ditempat yang sama setiap petang tanpa rasa khuatir lagi.

#kucinghutan #perpustakaanawam #kesanglaut









Comments