Hahah..So ni dah masuk berapa hari dah nih aku takda job yang masuk, maka setelah puas panjat pokok rambutan, lastik anjing lior ngan monyet, memaku sana dan sini dan lain-lain lagi. Aku teruskan dengan meralisasikan dulu poster Projek impian 20++ tahun lepas yang tergantung tak bertali.
Yes dulu-dulu memang aku lama dah berangan konon nak garap satu komik bersiri secara digital berunsur Zombie Malaysia nih. Sebab tu la dulu aku selalu lukih karektor2x dan poster2x aneh macam ala-ala dunia yang berada difasa kemusnahan yang akan dilakukan oleh makhluk-makhluk yang terjadi dari sifat karakusan manusia sendiri kononnya. huuuuuu..
Setelah bertegang urat bermeeting dan mencari idea selama beberapa jam bersama Hakim bagaimana nak menyiapkan Poster dan dapatkan direction utk release poster berangan nih dalam masa yang singkat. Maka terhasilah Poster Pertama dengan Head dan Subheader tangkap muat nih bersama hakim.
Bini aku cuma komen kenapa 'Pandora'? Then aku jawab disebabkan masa aku nak final touch poster ni lagu 'Semacam Pandora dendangan Hazama' lalu kat spotify aku. Tanpa berfikir terlalu panjang, aku kaji jap dan terus desite pakai jer terus ayat 'Pandora'.
Itulah aku memang suka buat benda sendiri nih tergesa-gesa macam urgent sangat kononnya deadline, tapi takpe aku anggap je semua nih sebagai latihan bagi menajamkan lagi kuku aku nih sehingga boleh mencakor dengan jayanya.
Subheader pulak sebab aku ada kenangan dengan perkataan Agora tu dan at the same time agora tu pun macam kena dengan logik storyline komik berangan aku nih. So Pandora, Agora bunyik dah synchronize dan maksud pun kena dah tu, bincang jap ngan hakim terus dapat kata putus macma mana nak letak dan sesuaikan dengan tagline.
So dari poster ni memang abam dan hakim dah desite terus base jalan cerita, main karekter dan sidekick untuk main karekter macam mana. Cuma compare dengan idea abam 20++ tahun lepas base jalan cerita ni agak berkembang banyak disebab abang banyak relatekan dengan pengalaman abam selama 20 tahun selepas berangan dan disebabkan juga pengalaman kita masa Pandemik beberapa tahun lepas so kualiti jalan nampak lebih tersusun berbanding terdahulu yang mana dulu terlalu rebel dan darkk sangat, maka tak berapa sesuai sangat aku rasa. Hakim pun cakap lucah sangat brooo.
Dan kat bawah aku sertakan video teaser ala indomie yang diprompt dan generate dari image ke video mengunakan hailuoai. Kenapa hailuoai ialah, sebab dia yang muncul dulu masa cari AI yang boleh generate image ke video secara percuma. Kesian Helmet Bell jadi cuping telinga.
Comments
Post a Comment