Sebab aku OYTAA dan KBSJMM

 Baru-baru ni ada la sorang hamba allah nih macam bad mood tak tentu pasal. Semua benda nak dia marahnya dari masalah perparitan sehinggalah masalah paiping letrik semua.Ssampai la tiber kata dia dapat hidayah melalui sumber risikan ejen CIA, FBI Bahagian Cawangan Merlimau bahawa minggu depan (Kejadian ni since minggu lepas membawak ke hari senin) harga barang akan naik, minyak naik, letrik naik, mampus nak berniaga macam mana dia kata. Dia sound ke aku semua nih salah ke aku sebab dulu dok ikut berguling kat dataran.

Dia sembang semua benda dalam Malaysia ni biasanya dia akan tahu dulu melalui ejen risikan CIA Bahagian Cawangan Melaka Timur dan dia juga ada capabilities untuk perdict dengan cara dia tersendiri. Macam harga letrik nak naik haritu dia dah tahu dulu dahhhh.
Selain tu jugak dah ramai dah orang2x DAP, UMNO, PKR, PAS yang dah kena sound dengan dia. Dan dia jugak dah banyak menyebabkan ramai pemimpin yang tersungkur dengan cara dia tersendiri. (Wallahulam). Atau dia akan cakap macam ni 'Aku tau ler macam mana' sambil memang tab ditangan.
Dia tambah lagi lepasnih memang rakyat akan tolak Anwar Berahim itula, inila. Tak pikir pasal rakyatla, Memacam lagi la luahan hati dia yang berkecamuk, terpekik terlolong, langkahkau amat licik hinggaku terpedaya. Batinku dipukau oleh sihir dibibirmu....
Dia ingat aku ni heran agaknya dia mengata Bang Non tu gitu. Dia taktau aku malas dah cerita pasal politik nih sebenarnya. Sebab aku dah levelkan diri aku sebagai OYTAA atau KBSJMM. Tapi disebabkan boring punya pasal semalam aku pun tak menafikan kata nista dia tu, aku mengaku dulu ya memang aku dulu guling2x dengan penuh keseronokan yang jitu untuk dapat tender Madani berbilliun(bunyikan sambil bibir terjuih). Dulu masa tahun 1998 disatu malamtu akulah antara orang pertama yang sampai rumah Anwar Ibrahim sebelum unit khas datang tendang pintu rumah PMX. Aku tambah lagi masatu aku jumpa dah dan bersalaman dengan muka-muka pemimpin macam Ibrahim Ali, Jemin, Ezam, Zahid Komedi, Arwah Khalid Ibrahim dan ramai lagilahh. Aku nak bagitau dia betapa Madaninya aku ni, silap2x klalau ko korek hati aku nih dalam ada frame gambor PMX dengan stail paling banjingan kau aku khaborkan kedia.
Aku cakap masa aku sampai tu Wan Azizah dan keluarga siap sambut kedatangan aku dan rakan-rakan dengan penuh kasih sayang seolah dah kenal lama. Dan selepas tu Unit Khas pun sampai nak tendang pintu rumah tapi sebelum diorang nak tendang diorang minta maaf dan mintak izin dulu untuk tendang dan bawa Anwar Ibrahim keluar dan ditahan atas beberapa sebab. dan kemudian selapas itu kami semua dan beberapa orang pemimpin siap kiamulai hingga solat subuh dirumah PMX yang diketuai oleh seorang imam terkenal pada masatu.
Dan lagi kononnya aku juga baik dengan beberapa lagi tokoh dan pemimpin dalam UMNO dulu walaupun masatu aku geng guling2x dataran. Kononnya semua kisah politik yang berlaku ni sebenar telah diatur oleh orang tertentu yang dipanggil atau digelar God Father mengikut situasi semasa dan kesesuaian keadaan semasa. Semua ada 2 hingga 3 skript dan jalan cerita berbeza bergantung kepada siapa pemimpin yang akan naik nanti. Tapi aku khabor ke dia benda ni sebenarnya rahsia, orang-orang tertentu jer tau. Aku tau pun sebab tetiba aku terberada kat situ secara tak sengaja kononya(nak bagi nampak real hahah). Dan geng2x ni akan duk rumah layan drama sambil makan popcorn. Terus jer aku Bla...bla...bla...blaa. tak bagi dia peluang mencelah langsung.
Hahhh kauuu terus diam terpaku kauuu dia...see my level laaaa. Biasanya kalau dia sembang aku hahkan aje, aku iyakan aje. Tu belum lagi aku gebang lagi cakap pasal percentage, narrative framming, dog whistle politics, astrofurfing, digital psyops, microtargeting, aspirational branding, hijacking issue, rage farming, dark posts, clout coalition, lorem pitagores, Lorem Ipsum semua tu bagai...mahu berbuih mulut aku sendiri nanti hahahah.
Harini lepas pengumuman Penghargaan Khas oleh PM Anwar Ibrahim tadi ternyata sumber ejen CIA cawangan Merlimau dia tersalah bagi info agaknya. Aku ingat nak tunggu petang nih dia nak sembang apa pulak, tu pun kalau dia tak larik-larikkan diri la atau pura-pura bizi.
(Baru perasan depan rumah ada signboard baru naik, patutahhh member cakap macam-macam) Tapi sirius aku nak bagitau aku takda sokong mana-mana parti or mana-mana pemimpin politik dah yeekkk. Sebab aku OYTAA dan KBSJMM. Maafkan saya.


Comments